2009…Ahh malasnya nak update

Terlupa lak aku kedatangan 2009 ari tuh. Tak ter’update’ pon perjalanan aku nih. Hingga saat ini, aku tak lagi melangkah jauh. Hanya sekadar menghirup udara tercemar di kotaraya ini. Terkadang aku rasa bagaikan segar hidup di kejauhan nun sana. Bukan sekadar udaranya malah tenang dari segala anasir diri dan hiruk pikuk kotaraya. Nyata hidup ku di sini, di kotaraya ini. Kuala Lumpur. Mungkin aku tak dpt lari dari punca sesuap nasiku di sini. Akan datang, ‘DIA’ yang menentukan. Doaku moga aku mendpt ketenangan di dunia dan akhirat kelak. InsyaALLAH. langkah jauhku bagaikan tak pasti lagi. Aku harap, aku masih berpeluang melangkah lebih jauh supaya dptku abadikan sejahtera insan lain, hidup ala kadar yang sudah tentu bahagia dan tenang. Biarlah hidup tak semewah mana pon, namun mereka nampak gembira selalu. Kekadang kulihat terpancar air muka jernih mereka yang lantas membuat kita terbaca kebahagiaan di wajah mereka. Alangkah seronoknya andai hidup kita seperti mereka. Lantaklah org nak kata apa, tinggal di kampung, rumah mcm nak roboh, tepi sawah..eee..byk lintah, kotor..yang penting hidup tak kena kejar dgn AH LONG. Usah bangga hidup di Kota.

OR Kluang Station

First time sehh gi Kluang. Takde la sonok mana pon cuma yg best leh rasa roti bakar n kopi kaw Kluang Station beb!! Huhhh..mmg menghairahkan la roti bakar dier. Takcaya gi la test. Tgk kedai cam kedai Pak Ali kat hujung kampung jer. Tapi aku rasa hebat lagi Kluang Station yg mmg kat Kluang Railway Station. Penuh memori terindah sepjg aku kat sana. Walau gi atas alasan keje, namun sambil menyelam aku minum air..tp nasib baik timbul balik. Mmg la best. So ada la sikit gambor yg aku letak sini. Tgk jer la sampai terliur tgk roti bakar dier. 2 hari waktu keje kat kluang tak sempat pon nak gi memana. Cuma kebetulan je brekpes kat situ member bwk. Kalau tidak aku pon tak tau kat mana Kluang Station tu. Hahaha..Hampeh hotel semua penuh. Terpaksa aku dok Hotel Ah Fatt…hehe..nasib la bersih bilik dier. Kalau tak mau muntah hijau aku. Yg klasiknya hotel ni..telefon dier..huhuu..dah lama aku tak tgk telefon dail kena pusing cam dolu2. Mmg penuh kenangan silam yg terimbas sejenak masa kat situ.

The Original Kluang Station

The Original Kluang Station

menu

menu

Sedapppp..slurppp

Sedapppp..slurppp

My New Weapon.

D60..Huhu…sekian lama aku tunggu saat2 ni utk memegang senjata milik aku sendiri. Akhirnya aku berjaya mendapatkan senjata menembak ni pada 21 November 2008. Senjata buatan Nikon yg dilengkapi Lens 18mm – 55mm tembak jarak dekat dgn anti-gegaran VR dan sistem fokus otomatik pd lens mmg boleh buat mangsa tembakan terkesima sekejap..hahaha..dr pdgn atas, senjata ni mmg menakutkan tp dier mampu menembak mangsa dgn agak lembut bagaikan tak terasa pedihnya. Ada jugak mangsa tembakan aku yg mula menyukai kehadiran senjata utama aku ni. Buat masa ni aku masih lg mempelajari cara menggunakannya dgn lebih mahir supaya semua mangsa2 tembakan aku akan menyukai hasil tembakan aku nanti. Walaupun berbekalkan lens 18mm-55mm, aku pasti senjata D60 aku mampu memberi kesan istimwa. Nantikan skill tembakan terbaru setiap masa.

Nikon D60 with 18mm-55mm VR lense.

nikond601

Keje..keje..keje..

Adoyaiii..keje tak benti2 ni..pendek kata keje..keje..keje..tu baru pendek kata tu..lom panjang lagi kata..kang panjang lak jadi citernyer. So takyah la kite tau apa yg panjang nak kata. Biar la si panjang tu ckp sowang2 dier. Hahahaha..Bulan ni adalah bulan keje sepanjang hari. Keje dr pagi sampai pagi balik..huahuahua… . Konon nak tggu bonus sana..bonus sini..bonus situt.. Kalau dpt Alhamdulillah..Kalau tak dpt..hurmm apa ekk…hehehe..kalau tak dpt mmg hampehh…arghhh…tak leh timer hakikat ni…..Penat dah keje ni. Muka pon dah tak cam org..dah cam nate ape ntah. Kalau korang pandai cuba teka, kalau muka dah tak cam org, apa yg akan terjadi kepada aku?? Ngutuk la tu. Pantang bg chance teka. Otak kelain jer nak ngutuk org. Nanti ada masa, aku citer la kat sini panjang2. Skrg ni keje pon tak sompek nak buat. camno nak citer panjang. Panjang pon tak larat nak citer. So aku yg pendek ni lagi la malas nak citer pjg..heh. Ok la bro & sis.. gue cawww dulu. esok nak kijo lagi nih..

@ Eagle Bay Hotel, Langkawi.

Hoho….cam best jer kan kalau sebut ‘Langkawi’ ? Aku pon rasa cam best je berada kat Langkawi ni, tapi yg tak bestnye aku sampai langkawi dlm keadaan badan penat sgt. Dari Alor Setar ke Arau, dr Arau turun ke Bertam pastu gi naik balik Kuala Kedah and naik feri gi Langkawi. Sbb penat sgttt..aku sewa Honda CITY gi cari hotel. Yang aku sempat gi Eagle Bay Hotel, malas nak cari2 hotel lagi..tak tahan dah kepenatan ni. Esok pagi nak kena wat ..keje dah. Ayer hangat,! kat ner ekk? padang lalang. Langkawi. Site terakhir aku kat area utara ni. Esok ptg lak balik KL.

Saat kesibukan melanda.

Ya ALLAH…lama betul aku tak update blog aku ni. Kesibukan keje buat aku tak sempat pon nak jenguk blog ni. Target sampai hujung tahun ni mungkin leh relax skit. Ingat nak gi holiday lps habis projek-projek skrg ni sumer. Harap-harap ada la kesempatan nak gi holiday. Bonus 2 bulan leh la wat bekal gi holiday nanti, tambahan pulak ada voucher holiday dr register NARSCO ari tu. Agak cara gak voucher dier. Hotel yg dier offer at least 4 star tuuhhh..Mana la aku nak holiday nanti ekk? Rasa cam tamak lak. Rasa cam sumer tempat aku nak gi. Huhuhu…Laut, tanah tinggi atau bandar besar? Mana satu pilihan hati. Mungkin pilihan ni aku serahkan pada keinginan isteri tercinta.

Mencari Kepastian

genta waktu yang kau bunyikan.
dentingnya sampai di sini..
apa yang ingin kau kabarkan?

cari apa yang tak pasti dalam idup? ilang idup dalam gelap malam..

mencari cahaya di dalam siang?
mencari gelita di dalam malam?
terus mencari di dalam mencari..

-tekedu dalam lelah-